Followers

Monday, December 9, 2013

Supplement Shaklee yang BOLEH diamalkan oleh Ibu Mengandung?

Vitamin Asas: Vita-Lea Iron Formula, B-Complex, Vitamin-C & OsteMatrix.

Optional (Tambahan) : ESP, Meal Shake, OmegaGuard & Performance Drink.

Vita-Lea (1 biji sehari):
Multivitamin lengkap dengan Zat Besi (Iron). Sesuai bagi ibu2 yang mengalami low Hb.

B-Complex (1 biji sehari):
Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk Asid Folik. Ibu mengandung perlukan minima 400mcg Asid Folik untuk persediaan mengandung, terutama sepanjang trimester pertama & sepanjang mengandung. 400mcg Folic Acid ini boleh diperolehi melalui 1 biji Shaklee B-Complex + 1 biji Vita-Lea. Sila check label botol vitamin anda.

Vitamin-C (1 biji sehari):
Untuk antibodi ibu, mengurangkan masalah gusi berdarah, sumber kolagen agar kulit perut dapat menegang dengan cantik (kurangkan kesan stretch mark).

OsteMatrix (2-4 biji sehari):
Sumber kalsium-magnesium, vitamin D dan lain2.

(Bawah ni akak bagi note je, Just for info)

ESP (1 sudu besar sehari):
Sumber protein, non-GMO soy.

Meal Shake (1 sudu besar sehari):
Multivitamin lengkap di dalam bentuk serbuk, yang mengandungi protein dan fiber. Sesuai di amalkan terutama peringkat awal kehamilan di mana ibu morning sickness, tak lalu makan, kerap muntah dll.

OmegaGuard (1 biji sehari):
Shaklee fish oil, sumber DHA & EPA untuk brain development baby & bantu kurangkan kolesterol buat si ibu. Sebaiknya di amalkan waktu trimester 2 & 3. Better consult dengan gynae bilakah waktu yang sesuai untuk mula makan fish oil.
*Note on OmegaGuard: Ada argument mengenai kandungan EPA yang tinggi tidak sesuai untuk preggie moms. Recommended tidak lebih 3g sehari. Sebab itu kita ambil sebiji sehari sahaja - moderate! Kandungan EPA yg tinggi dikhuatiri beri kesan pada perkembangan motor anak. Kelebihan Omega Shaklee ialah ia diperbuat drpd ikan, bukannya hati ikan. Dan, ia ditapis 2x (or more? tak ingat), jadi benda2 bahaya dah ditapis keluar. Bagi fish oil yg dibuat dari cod liver oil (hati ikan), boleh jadi toksik jika berlebihan.

Performance Drink (PD)-ikut keperluan:
Badan terhidrat sentiasa terutama ketika cuaca panas terik, menghidap selesema/ demam, beri tenaga berpanjangan terutama jika ibu hamil & berpuasa. Better minum PD ini  untuk memastikan paras gula di dalam darah stabil/ normal. Ingat, wajib simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lama. Tak perlu minum hari2 pun, minum jika perlu sahaja.

Question yang biasa ditanya
Q1: Apakah produk Shaklee yang TIDAK BOLEH diamalkan oleh Ibu Mengandung?
A1: Selain dari yang dinyatakan di atas, terutama vitamin yang mempunyai high-antioxidant factors seperti VIVIX, CarotoMax & Vita-E.

Ringkasnya, apabila hamil, terutama waktu benih baru melekat (Trimester 1), antibodi ibu sebenarnya direndahkan bagi memberi jalan kpd pelekatan benih & kehadiran sel baru (iaitu baby). Bila kita ambil makanan high anti-oxidants, antibodi kita meningkat dan body akan anggap 'sel baru' tersebut sebagai bendasing, dan akan cuba untuk 'reject' benda tersebut.

Q2: Bagaimanakah cara pengambilan vitamin untuk ibu mengandung?
A2: Basically sama sahaja dengan cara pengambilan suplemen biasa. Cuma untuk Trimester pertama itu tak perlu ambil banyak sangat suplemen, cukup dengan 4 vitamin asas sahaja. Bila kandungan dah stabil (Trimester 2 & 3), barulah tambah suplemen lain sedikit demi sedikit. Jika risau, sentiasa refer dengan doktor.

Cara-Cara Pengambilan (Jadual)

TRIMESTER 1:
Bangun pagi/ before breakfast: Secawan Meal Shake/ Secawan ESP/ Secawan ESP+Meal Shake.
After lunch                                         :               1 biji Vita-Lea & 1 biji Vita-C.
After dinner                                        :               1 biji B-Complex & 2 biji OsteMatrix.
Before bed/ After breakfast              :               2 biji OsteMatrix.

TRIMESTER 2 & 3:
Bangun pagi/ before breakfast: Secawan Meal Shake/ Secawan ESP/ Secawan ESP+Meal Shake.
After breakfast: 1 biji OmegaGuard
After lunch                                         :               1 biji Vita-Lea & 1 biji Vita-C.
After dinner                                       :               1 biji B-Complex.
Before bed                                         :               2-4 biji OsteMatrix.

LOGIK JADUAL:
- ESP dan Meal Shake tue, cukuplah sekadar ambil satu sudu sehari. Tak perlu over-dosing it!




Penting!!!!!!
- Vita-Lea better makan dgn Vita-C, kerana Vita-C bantu optimum absorption of Iron (Zat Besi). Elakkan makan Vita-Lea sekali dgn OsteMatrix kerana kalsium akan ganggu penyerapan Zat Besi.

- Makan B-Complex akan menyebabkan rasa lapar kerana B-Complex bakar makanan/gula menjadi tenaga. Jadi, kalau makan malam, akan kurang rasa nak mengunyah (elak berat badan naik mendadak), plus, gabungan B-Comp dgn OsteMatrix akan bantu tidur malam lebih lena & bertenaga keesokan harinya.

- OsteMatrix mmg better makan sebelum tidur kerana ia lebih mudah diserap tatkala kita kurang minum air/ kurang buang air i.e. tidur lah! Lagi satu, Cal-Mag bantu kita tidur lena (tidur berkualiti!), sangat sesuai untuk org yg ada masalah nak tidur malam (insomnia).

Ada pendapat mengatakan better ambil 500mg Calcium at one time (2 biji OsteMatrix) bagi ibu mengandung (refer: http://www.babycenter.com/0_calcium-in-your-pregnancy-diet_665.bc).

Q3: Bila ambil set vitamin Shaklee untuk pregnancy nie, perlu lagi tak untuk ambil Obimin dan Neurogain secara berasingan?
A3: Tidak perlu, nanti jadi over-dose pulak!

Basically, Obimin = Vita-Lea. Manakala, Neurogain = OmegaGuard. Tak pasti ttg Obimin & Neurogain, namun, yang pastinya, vitamin Shaklee adalah semulajadi (bukan sintetik), dan lebih selamat & mudah diserap oleh badan. Jika dah ambil Obimin & Neurogain, tapi tetap nak makan vitamin Shaklee, boleh ambil suplemen yang tidak bertindan dengan apa yang sedang si ibu amek tue, contohnya ESP dan OsteMatrix. Rule of thumb: Sentiasa baca label & kira sendiri value vitamin yang diambil dalam masa sehari (24 jam) tersebut. Simple !!!

Q4: Tips ibu hamil & berpuasa dengan vitamin Shaklee.
A4: Wajib minum bancuhan ESP+PD waktu sahur. Caranya, secawan air kosong/ juices + 1 sudu besar ESP + 1 sudu besar PD (Performance Drink).

Insya Allah badan akan rasa bertenaga dan boleh menunaikan ibadah puasa dengan jayanya. Vitamin2 lain, ambil selepas berbuka, sbb makan vits nie perlu minum byk air. Kalau rajin, boleh minum secawan PD waktu berbuka/ anytime waktu malam tue utk kesegaran berpanjangan.

Q5: Bolehkah ibu hamil dan ada Diabetes/ GDM ambil ESP?
A5: Sebaiknya refer dahulu dengan doktor. Jika si ibu tidak mempunyai masalah buah pinggang, boleh cuba ambil ESP, start with lower dose. 

Selamat berSupplement dan sihat bersama Shaklee

Untuk Pertanyaan
Aishah
Whatsapp : 0196993415

Email : uzreis@gmail.com

Wednesday, October 16, 2013

Set Shaklee untuk Diabetes

Salam..



Pilihan set vitamin untuk penyakit diabetes yang membantu pesakit diabetes berasa lebih sihat dan kadar diabetes melitus menurun.



Sangat bagus berikan ibu bapa atau ahli keluarga anda Set Diabetes Shaklee untuk membantu mengurangkan  penyakit diabetes mereka dan tanda anda prihatin kepada insan tersayang.

Ingin dapat dengan harga yang istimewa. apa tunggu lagi. cepatlah hubungi saya.
Boleh dapatkan produk Shaklee melalui saya :
Shaklee Independent Distributor Aishahkohar
Emel : uzreis@gmail.com
No. Tel/whatsapp : 0196993415

Khasiat ESP Shaklee

Salam



jom harini baca berkenaan protein..

1. keperluan protein dalam dier harian

2. kepentingan protein dalam diet harian

3. Energising soy protein Shaklee

4. risiko kekurangan protein..


Pengambilan protein membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan.
Apa kelebihan dan kebaikan protein sebenarnya ? 

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.

PENTINGKAH PROTEIN?
Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

jadi.. ambillah sesuatu atau makanlah sesuatu dengan ilmu :)

Boleh dapatkan produk Shaklee melalui saya :
Shaklee Independent Distributor Aishahkohar
Emel : uzreis@gmail.com
No. Tel/whatsapp : 0196993415

Monday, October 7, 2013

Set kesuburan Suami Isteri



set kesuburan shaklee
Untuk wanita mengandungi
vitalea, B Complex, Vita-C, alfalfa dan GLA Complex,
Manakala untuk lelaki mengandungi
Vita Lea, B complex, Vita C dan Zinc Complex.
Multivitamin dan Multimineral (Vita Lea) membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Pendekata ia memenuhi ruang2 kosong dalam tubuh kita di mana mungkin kita tak cukup vitamin/mineral dari diet kita. Jadi bila badan dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.
Vitamin B Complex penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida.
Vita C pula untuk pembinaan dan pemulihan sel.
Alfalfa untuk wanita membantu dalam hal2 organ kewanitaan dan menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya.
Vitamin/produk yang memainkan peranan dalam kesuburan ini adalah GLA Complex untuk wanita dan Zinc Complex untuk suami. Bagaimana kedua2 ini berfungsi?
BAGAIMANA VITAMIN-VITAMIN INI MEMBANTU ANDA UNTUK CEPAT HAMIL?
GLA Complex membantu tubuh menghasilkan cecair kesuburan yang antara kebaikannya ialah memberi ruang untuk sperma terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari.
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna seperti putih telur. Dalam sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang seperti itu, iaitu yang menunjukkan seorang wanita sedang berada dalam waktu subur. Namun, tidak semua orang mendapatkannya. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tidak bersama pada hari subur pun masih ada peluang untuk hamil sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.
Zinc membantu menghasilkan sperma berkualiti yang boleh bertahan hingga 3 hari di dalam tubuh wanita, dan ia juga membantu penghasilan sperma yang banyak dan sperma yang normal(tidak cacat). Sperma yang berkualiti adalah sperma yang seimbang antara kepala dan ekornya. Lagi banyak sperma berkualiti yang dihasilkan, lagi tinggi peluang untuk telur bersenyawa dengan sperma.
Shaklee GLA – Cara makan untuk nak pregnant.
——————————————————
(1) Period Teratur
- kira kitaran period. Contoh: 28 hari / 2 = 14 hari.
- Cara makan: ambik mulai hari pertama period hingga hari ke-14. Telan sebiji selepas lunch & sebiji lagi selepas dinner.
(2) Period Tak Teratur
- ambik sebiji selang 8 jam setiap hari, sehingga period menjadi teratur.
- bila period dah teratur, guna cara (1).
Selepas hari ke-14, boleh buat urine pregnency test(upt). Klu +ve, stop makan. Klu -ve, smbg mkn pada next period.
Cara makan Zinc
——————-
Makan sehari sebiji sejam sebelum makan. Masa perut kosong. Kenapa perlu masa perut kosong?..Supaya nutrien dalam zinc dapat menyerap ke dalam tubuh badan dan tidak terganggu oleh makanan terutamanya produk tenusu.
Gabungan nutrien di atas memberikan ada harapan untuk menimang cahaya mata.. Jangan lupa berdoa pada Tuhan agar dikurniakan anak. Yang penting, harus jangan berhenti berusaha & berharap pada-Nya.

Boleh dapatkan produk Shaklee melalui saya :

Shaklee Independent Distributor
Aishahkohar
Emel : uzreis@gmail.com
No. Tel/whatsapp : 0196993415

Wednesday, October 2, 2013

Zinc Complex

Bile bercakap tentang Zinc, ramai yang tak tahu bahawa Zinc sangat penting utk kesihatan badan. Selain dari vitamin-vitamin, mineral seperti zinc, boron, magnesium, kalsium, zat besi dan lain2 mineral juga memainkan peranan penting dalam kesihatan badan.

ZINC merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.

ZINC merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetobalismekan karbohidrat, lemak dan protein.

Keperluan Zinc Mengikut Umur

Antara Fungsi Zinc ialah:

1. PENJAGAAN KULIT
Kajian menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan turut berkuasa daripada penggunaan ubat-ubatan antibiotik.

2. PENYEMBUHAN LUKA
Kekurangan Zinc menyebabkan luka lambat sembuh. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc. Zinc menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

3. KESIHATAN PROSTAT (kelenjar dalam system repoduksi lelaki)
Zinc sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan Zinc menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser. Pengambilan Zinc amatlah perlu dalam mencegah kanser prostat. Zinc juga penting bagi penghasilan sperma yg sihat, berkualiti dan amat penting bagi pasangan yang inginkan cahaya mata.

4. BOTAK
Botak ialah kehilangan rambut bagi semua golongan. Pengambilan diet yang mengandungi Zinc amat diperlukan untuk mencegah masalah ini. Pakar Rambut dari Yun Nam Hair Care turut menyarankan mereka yang bermasalah rambut memperbanyakkan pengambilan ‘Peanut Butter’ kerana kaya dengan Zinc.

5. PEMBIAKAN
Bagi kaum lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks.
Bagi kaum wanita, ia membantu dalam fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

6. EKZEMA
Ekzema juga dikenali sebagai ‘dermatis atopik’ iaitu gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia berlaku akibat kekurangan zink dalam badan.
Zink memainkan peranan penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan sembuh dengan sempurna.

7. JERAWAT
Zinc adalah penting dalam memadamkan jerawat daripad kulit.
Ia bertindak mengawal dan menyelia jumlah testosterone di dalam badan yang memainkan peranan terbesar dalam menyebabkan jerawat.
Zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

8. FUNGSI BIOLOGI
Zinc berperanan dalam banyak fungsi biologi seperti kawalan penyakit kencing manis, tahap strees, rintangan imun, bau dan rasa, pertubuhan fizikal, selera makan, pembiakan dan penghadaman.

9. JANGKITAN
Zinc memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu menggalakkan pertumbuhan janin.
Zinc membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru.

10. ANTIOKSIDAN
Zinc bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisma karbohidrat.

11. ATURAN ENZIM
Zinc merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan Zinc.

12. KELESUAN KRONIK
Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan. TETAPI dalam keadaan sekarang, meminum minyak ikan adalah sukar. Melalui Zinc Complex Shaklee, pengambilan secara tablet amat memudahkan. Doktor dan pakar perubatan hanya menyarankan Zinc untuk mencegah keletihan kronik.

13. KEHILANGAN TULANG
Ini terjadi apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zinc adalah komponen hydroxypatite iaitu garam dan membuatkan matriks tulang menjadi kuat dank keras.

14. BUTA MALAM
Pengambilan Zink akan memperbaiki penglihatan. Kita sentiasa dinasihatkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan Zinc seperti daging lembu, kambing, ketam, dan tiram.

15. MENGANDUNG
Zinc amat penting untuk fungsi DNA dan pembaikian DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.


Sumber Zinc boleh diperolehi daripada:
1. Daging
Tiga oz  daging  menyediakan sekitar 40% atau lebih zinc dari dos harian yang dicadangkan. Daging yang dimaksud termasuk diantaranya adalah daging panggang, dan daging rebus.

2. Makanan Laut (Seafood)
Tiram merupakan sumber makanan yang mengandung zinc paling tinggi. Seafood lain menyediakan setidaknya 10 persen per tiga ons termasuk kerang, lobster, ikan, dan daging kepiting.Zinc sering hilang selama proses memasak. Untuk mempertahankan kandungan zinc, masak makanan dengan air sesedikit mungkin dan dalam waktu sesingkat mungkin.

3. Produk Susu
Beberapa makanan dari produk susu merupakan sumber zinc yang baik. Delapan ons yogurt dan 1/2 cangkir keju ricotta mengandung setidaknya 10 persen dari jumlah harian yang disarankan.Keju Swiss, keju Gouda, dan susu juga mengandung zinc.

4. Biji-bijian dan Kacang-kacangan 
Tepung gandum utuh merupakan sumber zinc yang baik. Cereal kering yang telah difortifikasi biasanya berisi setidaknya 10 persen zinc dari jumlah yang direkomendasikan. Biji Labu, kacang almond, kacang mete, dan biji bunga matahari merupakan sumber zinc yang juga baik.
Meskipun zinc yang ditemukan di kacang-kacangan tidak seperti yang ditemukan dalam daging, kacang-kacangan masih menyediakan jumlah yang cukup dan merupakan sumber zinc yang penting terutama untuk vegetarian.

Pilihan sumber zinc yang baik dari kacang-kacangan adalah black eyed peas, kacang lima, kacang pinto, kacang kedelai, tempe, dan tauhu.

Zinc Complex Shaklee
Dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah untuk diserap oleh tubuh kita.Zinc sesuai untuk pengambilan jangka panjang.Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksin seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.

Nutrition Fact: 
Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian). dan oh ya Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan*

Berminat sila email : uzreis@gmail.com anda boleh juga whatapps/sms : 0196993415

NutriFeron

Salam....



Tingkatkan Imuniti dengan NUTRIFERON
Adakah anda sering sakit? 
Adakah anak anda sering demam?
Adakah anda mudah diserang selesema?

Kami ada jawapannya di sini
Kemajuan Besar dalam Sains Sistem Imun
Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon
Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat 

ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.*
Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*
Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*

Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia
Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.

Rumusan Berpaten Yang Eksklusif
NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Sebagai suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.

Cara pengambilan :
Satu minggu sekali sahaja untuk mereka yang sihat, ATAU,
Satu paket sehari (atau, jika perlu),di minum bersama air. Sila minum secepat mungkin selepas dibuka kerana ianya mudah menyerap kelembapan.
Siapa yang memerlukan NutriFeron set ini?
Individu yang ingin kukuhkan sistem imun.
Individu yang menghadapi masalah sistem imun.
Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan berpanjangan melebihi seminggu.
Ibu menyusu, namun mendapati anak

Berminat sila email : uzreis@gmail.com anda boleh juga whatapps/sms : 0196993415

Tuesday, October 1, 2013

B-Complex essential nutrition



B-Complex antara rahsia untuk kulit cantik.....
Mengandungi 8 kumpulan Vitamin B Lengkap...


Selalu kita dengar, orang amalkan Vitamin C, Vitamin E dan Collagen untuk kecantikan, tapi jangan tak tau, B-Complex juga penting untuk memastikan kulit wajah kita cantik berseri.
Disebabkan itulah, B-Complex digabungkan dengan Vitamin E dan Vitamin C di dalam Set Kecantikan Kulit Shaklee.
Khasiat B-Complex untuk Kulit Cantik
1) Anti stress

Apabila kite stress urat-urat muka kite bekerja lebih kuat berbanding urat-urat ketika kita senyum, dan bila stress kite cenderung mengerutkan muka. Kerutan-kerutan stress itu boleh menyebabkan kedut-kedut pada wajah. Stress juga boleh menyebabkan jerawat. Tiada stress, tiadalah jerawat.

2) Membantu melindungi kulit dari pancaran matahari

Salah satu punca kulit kusam adalah terlalu banyak terdedah pada matahari. Kulit ini kalau kusam memang mengambil masa ntk dipulihkan, pengambilan B-Complex sememangnye langkah bijak.

Lebih B-Complex diperlukan oleh orang yang terdedah kepada matahari kerana B-Complex bertanggungjawab sebagai pewarna kulit (melanin) yang rosak bila kulit 'tan'..

3) Melancarkan perjalan darah

Anda sume tentu tahu kan perjalanan darah yg baik menmpkkan wajah lebih muda. Sebab tu la kalau kita pergi buat facial, die end up treatment dengan facial massage. Kenapa?? Kerana dia nak stimulate blood circulation kita. Perjalanan darah yg baik membantu kite kelihatan lebih muda, dan menghilangkan tekanan pada badan dan wajah.Datin Norjuma dah amalkan sejak kecil lagi. Anda bila lagi ??

Pengambilan vitamin semulajadi adalah kaedah yang paling selamat untuk kita mendapatkan kulit yang cantik, di samping meningkatkan tahap kesihatan kita. Sebelum mengambil apa-apa supplemen, pastikan anda kenalpasti dulu kandungannya yer, jangan ingat nak cantik sahaja. Kalau cantik sekarang, tapi pelbagai penyakit menyerang di kemudian hari, apalah gunanya kan. Semua orang nak cantik, tapi cantik dan sihat biarlah seiring.


Berminat sila email : uzreis@gmail.com anda boleh juga whatapps/sms : 0196993415